Siakap Keli

Datuk Adik Mayah ‘Makanan Pun Beli Sendighi Nah’ Meninggal Dunia Jumaat Lepas

“Makanan pun beli sendighi naa..”

Anda pasti sangat familiar dengan kanak-kanak ni kan?

Adik Mayah yang terkenal dengan gaya percakapan loghat Utara yang pekat itu pernah mencuri tumpuan kita semua satu masa dulu.

Apatah lagi gaya bibir yang mencebik seperti di bawah ini sungguh kelakar, bagaikan gaya orang dewasa hingga menjadi ‘meme’ di media sosial.

Gambar: Facebook

Namun semalam, senyuman manis si cilik ini terhenti seketika apabila datuknya dilaporkan telah pergi buat selama-lamanya.

Menurut hantaran terkini di Instagram, beberapa keping gambar yang menunjukkan reaksi sedih di wajahnya ketika berada di samping jenazah arwah datuknya yang digelar ‘Ayah’ turut dimuat naik.

Gambar: Instagram
Gambar: Instagram

“Tolong doakan ayah kami..ayah kami sedang sakit..”

Sebelum itu, adik Mayah turut memuat naik satu rakaman video yang menerangkan bahawa datuknya ketika itu sedang sakit.

Si comel ini memohon doa daripada netizan dan pengikutnya agar ‘Ayah’ kembali sembuh seperti sediakala.

Video tersebut boleh ditonton dalam hantaran di bawah ini.

Semoga adik Mayah dan sekeluarga diberi ketabahan atas pemergian arwah ‘Ayah’.

Semoga roh arwah ‘Ayah’ ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Sumber: mayah_ciwi

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.