Perkara yang paling penting semasa majlis perkahwinan adalah kehadiran keluarga, saudara dan kawan rapat yang memeriahkan majiis dan menyaksikan hari yang bahagia pasangan pengantin.
Hal ini lah yang ingin dirasai oleh seorang bakal pengantin perempuan di Jepun yang bukan sahaja ingin keluarganya berada semasa majlis perkahwinan malah kehadiran ‘bantal busuk’ yang sering menjadi teman tidurnya juga menjadi salah seorang tetamu VIP di majlis perkahwinannya.
Melalui perkongsian di laman Twitter pengantin tersebut, patung dinasor berwarna biru muda dianggap sebagai ‘ahli keluarga yang penting’ sudahpun duduk di kerusi paling hadapan di sebuah gereja dimana ianya merupakan tempat perkahwinan mereka.
結婚式にてすみっコぐらしのとかげが好き過ぎて家族同然だから式を見守ってもらう為に親族のみが座れる席に置く。
外国人の神父様がとかげをスマホで撮りまくったり、普段穏やかな実母を「…は?どういうことなの?」とバグらせた。 pic.twitter.com/JkjmF8Iozn— 🍌まんもす次郎🍌 (@mammothjiro) June 13, 2020
Menurut wanita tersebut, kedatangan ‘bantal busuknya’ telah berjaya menghiburkan juru nikah perkahwinannya yang sempat merakam gambar melalui telefon bimbitnya.
Namun, ibunya berasa pelik dan mempersoalkan tindakan anaknya yang membawa ‘bantal busuk’ di majlis perkawinan dan bertanyakan berulang “Apa ini?”. Namun ia tidak menghentikan tindakan pengantin tersebut yang ingin patung kesayangan berada di sana menyaksikan hari bahagianya.
Perkongsian yang mendapat lebih 12 ribu ulang kicau dari warga Jepun yanh terhibur dengan tindakan wanita tersebut.
SUmber : ETToday @mammothjiro