Siakap Keli

“Malaysia Adalah Contoh Bila…”, Warga Amerika Dipercayai Doktor Puji Cara Malaysia Kawal COVID-19, ‘Ratapi’ Nasib Negara Sendiri

Kejayaan Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19 acap kali diperakui oleh segelintir negara luar.

Meskipun belum lagi sampai ke garisan penamat, namun kadar jangkitan harian yang semakin hari semakin menurun telah cukup membuktikan bahawa kerajaan dan rakyat bersatu-padu mengurangkan penularan wabak tersebut.

Tidak dapat dinafikan, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha keras barisan hadapan negara yang umumnya diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

BACA: Pelancong Amerika Puji Cara Malaysia Urus COVID-19, Lebih Baik Dari Apa Kerajaannya Buat

BACA: Warganet Indonesia Puji Cara Malaysia Tangani Covid-19

BACA: Penyelidik Dari Australia Puji Cara Malaysia Kekang COVID-19, Layak Diiktiraf & Dijadikan Ikutan Negara Lain

Baru-baru ini, seorang lagi individu dari luar negara memberikan kata-kata penghargaan buat Malaysia.

Wanita dipercayai seorang pengamal perubatan dari Amerika Syarikat (US), Julie Miller berkongsi rasa terharunya atas individu tersebut melalui satu hantaran di Facebook hari ini.

Kisah dua negara: Malaysia adalah contoh terhadap apa yang berlaku apabila pemimpin (negara) mendengar pandangan-pandangan sains serta warganya yang mematuhi kepimpinan mereka.

Rakan sejawat saya, pakar bedah endokrin Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah adalah Ketua Pengarah Kesihatan di Malaysia dan telah menjadi pengarah respon terhadap pandemik.

Dia membuat keputusan berat pada peringkat awal, walaupun ketika itu Malaysia belum mencatatkan kes jangkitan pertama.

Pengawalan sempadan yang ketat, saringan, penjejakan (kontak rapat) dan isolasi, seorang yang terbuka, penyampaikan mesej yang jelas dan konsisten, sidang media setiap hari, bukti dan membuat keputusan-keputusan berdasarkan fakta.

Dia telah bekerja siang dan malam sejak Januari.

Pegawai-pegawai terpilih mendengar dan melaksanakan nasihatnya.

Orang awam (pula) melaksanakan penjarakan sosial, membasuh tangan dan memakai topeng pelitup muka.

Dan hasilnya, Malaysia, sebuah negara yang populasinya padat dengan pelbagai bangsa Asia, telah melakukan yang terbaik, dan Hisham telah diangkat sebagai hero negara.

Sains, bukan politik.

Sementara itu, Dr. Fauci (Pengarah Insitut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara, Amerika Syarikat) yang ‘malang’ pula menerima ancaman kematian.

Lihatlah di US. Saya yang pada masa sama sangat berbangga dengan kebijaksanaan saya dan rakan-rakan setugas yang bersungguh-sungguh, sangat bersedih dengan negara saya sendiri.

Sumber: Julie Miller

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.