Taipei, 11 Julai — Peminat ‘ Stargazer’ akan berpeluang melihat planet Musytari pada titik yang paling cerah pada hari Selasa ini ketika planet ini berada pada jarak yang paling dekat dengan Bumi, kata Muzium Astronomi Taipei pada hari Jumaat lalu.
Kedudukan planet Musytari yang juga merupakan planet terbesar dalam sistem suria berada di antara Bumi dan Matahari akan memberikan pandangan yang sangat terang pada tahun ini tambah muzium tersebut.
Sesiapa sahaja dapat melihat Musytari dengan mudah dilangit sepanjang malam, hari Selasa iaitu ketika waktu senja di bahagian Tenggara dan waktu Subuh di Barat Daya.
Semasa keadaan ini, Musytari akan bersinar sehinga -2.8 magnitud, dimana terang Musytari sama seperti cahaya bulan baru.
Sumber: BERNAMA