Siakap Keli

Posmen Berdedikasi, Tiap-Tiap Hari Jalan Kaki 15km Selama 30 Tahun Demi Nak Hantar Surat Ke Kawasan Terpencil

Jika di Malaysia, ramai penduduk yang merungut jika abang posmen lewat menghantar pesanan tetapi berbeza di India dimana seorang posmen digelar sebagai ‘hero’ oleh rata-rata penduduk India diatas dedikasi beliau terhadap tugasnya.

Kisah penghantar surat yang dikenali sebagai D. Sivan ini telah tular di media sosial apabila seorang Pegawai Pentadbiran Awam (IAS), Supriya Sahu, telah berkongsikan kisah hidup lelaki tersebut yang telah berkhidmat lebih 30 tahun. Kisahnya yang unik ini dimana beliau terpaksa berjalan kaki lebih 15 km hanya untuk menghantar surat kepada penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman telah disukai lebih 80 ribu pengguna dan mendapat pujian daripada kalangan warganet.

Setiap hari Sivan terpaksa berjalan kaki di sepanjang landasan kereta api Gunung Nilgiri dari Pejabat Pos Hillgrove di daerah Coonar untuk menghantar surat dan wang pencen kepada penduduk dan pekerja ladang di kawasan terpencil iaitu Singara dan Marapallam yang tidak mempunyai akses pengangkutan.

Menerusi perkongsian yang sama, Sivan akan menempuh hutan yang tebal , terowong serta sungai yang licin dimana beliau sering bertemu dengan binatang liar seprti gajah, ular dan beruang.

Dengan hanya dibayar gaji sebanyak 12,000 rupee iaitu kira-kira RM 682, dedikasi beliau terhadap kerjayanya sering menjadi bualan penduduk di daerah tersebut yang sentiasa menghargai jasanya berjalan kaki walaupun sudah lanjut usia.

Selepas 30 tahun berkerja sebagai posmen di daerah tersebut, Sivan telah memutuskan untuk bersara pada awal bulan ini.

Perkongsian Supriya dihujani dengan ucapan terima kasih terhadap khidmat Sivan dan rata-rata mereka berpendapat beliau layak mendapat anugerah Padma Shri iaitu salah satu anugerah penghargaan awam yang tertinggi di India.

Sumber: Indian Express Supriya Suha

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.