Siakap Keli
Gambar: agensi

Ribuan Rakyat Israel Protes Di Jalanan, Tertekan Hilang Kerja Akibat Pandemik

Ribuan penunjuk perasaan dilaporkan berhimpun di jalanan di Tel Aviv semalam, selepas mendakwa kerajaan Israel gagal menangani pandemik COVID-19.

Difahamkan, penunjuk perasaan tersebut mengeluh akan tindakan-tindakan kerajaan yang akhirnya membawa kepada masalah kehilangan pekerjaan melibatkan banyak sektor.

Dalam masa sama, syarikat-syarikat kecil dan syarikat persendirian turut marah berikutan kegagalan pihak kerajaan dalam menyalurkan bantuan kewangan kecemasan kepada mereka seperti yang dijanjikan.

Kira-kira 300 polis terpaksa dikerahkan untuk berkawal di kawasan demonstrasi di Rabin Square, selain perlu memastikan penjarakan sosial sesama penunjuk perasaan tersebut terjaga.

Dalam konflik kemarahan itu, selain perlu menjaga jarak fizikal sekurang-kurangnya dua meter, penunjuk perasaan turut diarahkan untuk memakai pelitup muka.

Gambar: agensi

Sementara itu, penganjur himpunan, Shai Berman memberitahu, terdapat krisis keyakinan (kepercayaan) yang amat tegang antara rakyat dengan kerajaan pada waktu ini.

“Kami adalah sebahagian daripada orang awam yang berasa semakin tertekan dan mahu berdemonstrasi, tunjukkan bahawa kami tidak percaya akan janji-janji itu,” katanya kepada radio awam Israel, memetik laporan Daily Mail.

Penunjuk perasaan di sana mengangkat kain rentang yang bertulis “Biarkan Kami Bernafas”, menyamai kenyataan yang dibuat penunjuk perasaan Black Lives Matter di Amerika Syarikat (US) selepas tragedi kematian George Floyd.

Dalam pada itu, persatuan-persatuan pelajar turut terlibat sama dalam himpunan berkenaan kerana ramai anak muda terpaksa bekerja ketika pandemik COVID-19.

Gambar: agensi

Selain itu, kumpulan seniman dan persembahan juga hadir ke sana berikutan sektor industri hiburan dan kebudayaan turut terkesan dengan krisis tersebut.

Bagaimanapun, menurut laporan tersebut, kerajaan terpaksa menarik kembali kelonggaran di beberapa sektor ekoran kadar jangkitan dilaporkan meningkat semula.

Penarikan semula tersebut melibatkan kolam renang awam, bar, kelab malam, pusat gimnasium dan dewan-dewan acara.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, “Kami akan memenuhi komitmen kami termasuk menyegerakan pembayaran yang akan diberikan kepada anda.”

Untuk rekod, Israel mencatatkan 1,500 kes baharu COVID-19 pada Jumaat (kelmarin), menjadikan ia satu angka jangkitan harian paling tinggi dicatatkan setakat ini.

Jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di negara itu sehingga hari ini berjumlah kira-kira 37,000 kes termasuk 350 kematian.

Gambar: agensi
Gambar: agensi
Gambar: agensi
Gambar: agensi

 

Gambar: agensi
Gambar: agensi

Sumber: Daily MailĀ 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.