Siakap Keli

Sekolah KAFA Dibuka 2 & 3 Ogos Ini – Menteri Agama

Sekolah Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) akan dibuka semula pada 2 dan 3 Ogos ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, penetapan itu bersandarkan tiga pilihan model pengoperasian pembukaan penuh berdasarkan kapasiti sekolah seperti yang diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Selaras dengan keputusan KPM tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari bahawa pemilihan model sekolah bagi Sekolah Kebangsaan akan memberi kesan kepada pengoperasian KAFA di seluruh negara.

“Sehubungan itu, penyelarasan perlu dibuat di antara Agensi Pelaksana Negeri dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi memastikan KAFA dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tarikh 2 Ogos (Ahad) adalah bagi negeri-negeri kumpulan A, iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, manakala 3 Ogos (Isnin) pula bagi negeri-negeri kumpulan B, iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Senarai negeri-negeri untuk Kawasan A dan B tersebut adalah merujuk kepada laman sesawang KPM.

Tiga pilihan model pengoperasian tersebut merangkumi Model 1 (satu sesi), Model 2 (dua sesi) dan Model 3 (penggiliran), seperti jadual yang dinyatakan dalam kenyataan media di bawah.

 

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.