Siakap Keli
Gambar: agensi

Selepas Diumum Dijadikan Masjid Semula, Hagia Sophia Anjur Solat Jumaat Kali Pertama 24 Julai Ini

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan Solat Jumaat pertama di masjid bersejarah Uthmaniah, Hagia Sophia akan dilaksanakan pada 24 Julai ini.

“Insya-Allah, kita akan mendirikan Solat Jumaat bersama pada 24 Julai ini dan Hagia Sophia kembali dibuka semula sebagai pusat ibadah.

“Sama seperti kebanyakan masjid di Turki, pintu Hagia Sophia akan sentiasa terbuka untuk warga tempatan dan orang luar, Muslim dan bukan Muslim,” katanya, memetik laporan TRT World.

Sebelum ini, kerajaan Turki dilaporkan telah menukar status Hagia Shopia, yang sebelum ini dijadikan sebagai muzium kepada masjid semula, lapor media antarabangsa kelmarin.

Berita penukaran status salah satu bangunan ikonik bersejarah di negara itu diumumkan sendiri oleh presiden tersebut.

Mengimbas kembali, Hagia Sophia dibina sebagai sebuah katedral kira-kira 1,500 tahun yang lalu ketika pemerintahan empayar Byzantine di Constantinople, yang hari ini dikenali sebagai Istanbul.

Kawalan ke atas Hagia Sophia kemudian diambil alih oleh Empayar Uthmaniah yang menakluk Constantinople dan ditukar kepada masjid pada 1453.

Pada 1934, status Hagia Sophia ditukar sekali lagi menjadi muzium dan merupakan salah satu Tapak Warisan UNESCO.

BACA: Selepas Hampir 80 Tahun Jadi Muzium, Turki Tukar Status Hagia Sophia Jadi Masjid Semula

Sumber: TRT World

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.