Siakap Keli

TERKINI: 14 Kes Baharu Termasuk 11 Kes Melibatkan Penularan Tempatan

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, sebanyak 14 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, menjadikan angka keseluruhan kes meningkat 8,718 kes.

Daripada jumlah tersebut, tiga (3) kes melibatkan kes import, iaitu melibatkan semua warganegara Malaysia.

Manakala 11 kes penularan di dalam negara pula, tiga (3) kes adalah di kalangan warganegara dan lapan (8) kes adalah di kalangan warga asing.

Daripada tiga (3) kes tempatan melibatkan warganegara, dua kes dikesan di Sarawak.

“Satu (1) kes saringan bergejala yang telah menjalankan saringan di pusat perubatan di Kuching, dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak setelah didapati positif COVID-19.

“Satu (1) kes lagi merupakan kontak rapat kes ke-8694 iaitu sebahagian daripada Kluster Kejuruteraan Kuching.

“Manakala satu (1) kes dikesan di Sabah melalui kes saringan pra rujukan ke Hospital Keningau,” memetik kenyataan rasmi KKM hari ini.

Dalam pada itu, kes jangkitan dalam negara melibatkan warga asing (8 kes) pula adalah kes-kes saringan kontak rapat kepada kes ke-8629 dan kes ke-8630 di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 77 kes, selain tiga (3) kes dirawat di unit rawatan rapi dan dua (2) kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.