Siakap Keli

TERKINI COVID-19: Satu Kluster Baharu Dikesan Di Kuching Dengan 2 Kes Positif – KKM

Satu kluster baharu dikesan di Kuching, Sarawak, melibatkan sebuah syarikat kejuruteraan, umum Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut satu kenyataan rasmi, sebanyak dua (2) kes positif COVID-19 dilaporkan daripada kluster tersebut.

“Kes pertama kluster ini (kes ke-8,694), adalah seorang pekerja di syarikat tersebut yang telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada 9 Julai 2020 apabila beliau mengalami gejala pernafasan.

“Beliau didapati positif COVID-19 pada hari yang sama.” maklum kenyataan tersebut, hari ini.

Susulan itu, siasatan dan aktiviti saringan kontak rapat telah dijalankan.

Setakat ini, seramai 32 kontak rapat telah dikenal pasti dan turut disaring, melibatkan 16 orang rakan sekerja dan 16 orang ahli keluarga.

“Hasil saringan mendapati, satu (1) kes dikesan positif, 16 kes lagi negatif dan 15 kes masih menunggu keputusan.

“Langkah pencegahan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di premis syarikat tersebut dan punca jangkitan kluster masih dalam siasatan,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.