Siakap Keli

Untuk Kurangkan Tekanan Di Hospital, India Tukar Stadium Kriket Jadi Pusat Kuarantin

Kolkata — Stadium Kriket Eden Gardens yang bersejarah di bandar Kalkota akan digunakan sebagai pusat kuarantin bagi menempatkan ratusan polis India yang telah dijangkiti virus korona.

Stadium berkapasiti 80,000 penonton ini pernah digunakan untuk perlawanan akhir Piala Dunia pada 1987 dan Piala Kriket T20 2016 ini bakal mengurangkan tekanan hospital di bandar Kalkota dengan menyediakan ratusan katil pesakit.

Hampir 550 polis Kalkota telah diuji postif COVID-19 dan dua kematian telah direkod kan sejak 11 Julai lalu.

“Sudah menjadi kewajipan untuk membantu dan menyokong kerajaan semasa krisis pendemik ini. Kemudahan pusat kuarantin ini akan digunakan untuk anggota polis yang sebelum ini menjadi anggota baris hadapan yang banyak memberi sumbangan memerangi COVID-19,” kata presiden Persatuan Kriket Bengal, Avishek Dalmiya.

Katil akan diletkkan di galeri stadium dan di sekitar tempat duduk. Setiap katil pesakit juga akan dipisahkan secara menyeluruh untuk memastikan penjarakkan sosial diantara pesakit.

Stadium ini sering digunakan oleh pasukan Liga Perdana India Kolkata, Knight Rider sepanjang tahun namun kerana penularan wabak COVID-19 ia perlawan telah ditanguhkan beberapa kali.

Jumlah kes COVID-19 di negara India meningkat lebih 820,000 kes pada 11 Julai lalu dengan kematian 22,193 telah direkodkan.

Sumber: cna.com

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.