Siakap Keli
Gambar Hiasan (Kanan) via Google

Doktor Dilapor Temui Cacing 1.5 Inci Dalam Kerongkong Wanita, Dipercayai Setelah Makan Sashimi

Bermula dengan sakit tekak, seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menghadapi saat yang ‘mengerikan’ apabila doktor menemui seekor cacing di bahagian belakang kerongkongnya.

Pemeriksaan yang lebih dekat menunjukkan bahawa makhluk itu adalah cacing gelang parasit yang dikenali sebagai Pseudoterranova azarasi yang mempunyai panjang lebih dari satu inci di dalam tonsil wanita tersebut.

Pesakit melaporkan bahawa dia telah menderita sakit tekak dan kerengsaan selama lima hari yang bermula setelah dia memakan hidangan ikan mentah, sashimi.

Menurut kajian kes yang diterbitkan pada 8 Julai di American Journal of Tropical Medicine and Hygiene, wanita itu dilaporkan telah sembuh setelah kakitangan perubatan membuang cacing tersebut.

Gambar yang dimasukkan ke dalam kajian kes tersebut memperlihatkan cacing itu berukuran sekurang-kurangnya 38 milimeter (1.5 inci) dan lebar satu milimeter.

Penulis kajian tersebut iaitu dari St Luke’s International Hospital di Tokyo, mengatakan bahawa parasit ini boleh menjangkiti manusia yang memakan ikan yang tidak dimasak dan mentah termasuk sushi dan sashimi.

Parasit dan lain-lain di dalam gen Pseudoterranova dapat menjangkiti kawasan kerongkong, menyebabkan rasa sakit dan batuk.

Sumber:Insider

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa