Siakap Keli
Gambar: Norlela Abdul Lahak

Raih 22K Perkongsian, Wanita Kongsi Resipi Ringkas Masakan Sardin ‘Homemade’, Boleh Cuba Buat

Boleh dikatakan ramai juga yang meminati masakan ikan sardin yang sesuai dimakan walaupun dengan hanya nasi putih kosong sahaja. Disebabkan itu, mereka ini terpaksa ke kedai runcit mahupun pasaraya untuk mendapatkan bekalan sardin tin yang dijual.

Pun begitu, berbekalkan resipi yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Norlela Abdul Lahak ini, anda kini sudah boleh menikmati hidangan ikan sardin dengan masakan sendiri mengikut citarasa anda sendiri.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Senang ja rupanya nk buat sardin. Tak payah beli dah. Memang sah-sah la halal dan bersih kalau sendiri buat. Terima kasih tuan punya resepi dalam group ni juga. Akak kongsi resepi ya.

Sardin homemade

Bahan-bahan
2 kilo ikan sardin


1 tin tomato puree
2 senduk cili kisar
2 senduk bawang kisar
1 cawan air asam jawa
1 botol sos cili
Garam
Serbuk perasa
Cuka
Minyak untuk menumis

Cara-cara
Tumis bawang kisar dan cili kisar sampai pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos, tomato puree. Tambah air hingga menutupi ikan. Lebih pun tak apa. Sebab nanti bila masuk dalam pressure cooker, kuah akan cepat pekat. Masak dalam 60 minit.

Tulang ikan akan lembut macam kita beli sardin tin. Selamat mencuba resepi ringkas dari akak ya. Yang mana terkurang boleh ditambah sendiri ya. Terima kasih Nurliyana Ana Ana kerana sharekan resepi ini.

Sumber: Norlela Abdul Lahak

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa