Siakap Keli
Kredit: Bleacher Football

Tak Jadi ‘Gantung’, Manchester City Boleh Beraksi Di Liga Juara-Juara Eropah Musim Hadapan

Mahkamah Timbang Tara Suka (CAS) memutuskan untuk menolak hukuman Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) terhadap Manchester City atas dakwaan melanggar regulasi pelesenan kelab dan financial fair play oleh UEFA.

Sebelum ini, Manchester City digantung selama dua musim daripada menyertai mana-mana kejohanan di peringkat Eropah terutama Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.

Sudah pasti ia menjadi kebimbangan peminat dan pemain-pemain bintang yang pasti memikirkan untuk mengangkat kaki dari kelab berpengkalan di Manchester itu kerana tidak boleh beraksi di kejohanan besar seperti UCL dan UEL.

Dengan keputusan CAS ini, Manchester City boleh menarik nafas lega dan kedudukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris yang telah pun mengesahkan slot Liga Juara-Juara Eropah untuk musim hadapan tidak tergugat.

Ketika ini, hanya tinggal 2 slot UCL lagi yang belum ada ‘Tuan’nya dan mungkin akan ditentukan sehingga ke perlawanan terakhir liga nanti. Selain Manchester City, Juara Liga musim ini Liverpool juga sudah sah bakal beraksi di saingan UCL musim hadapan.

Sumber: UEFA

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)