Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Satu Kes Pulih Dan 7 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat seorang pesakit Covid-19 yang telah discaj, 7 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini (13 Julai 2020).

Menerusi perkongsian di akaun Facebook rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,520 kes secara keseluruhannya.

7 kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,725. Oleh yang demikian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 hanya tinggal sebanyak 83 kes sahaja. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini pula terdiri daripada 6 kes import manakala 1 lagi adalah kes tempatan.

Daripada jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 4 kes dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 3 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu juga, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 122 kes atau bersamaan dengan 1.40% secara keseluruhannya.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa