Siakap Keli
Foto: Facebook

Cikgu Rosli Meninggal Dunia Dipercayai Terjatuh Dari Koridor Tingkat 1 Ketika Buat Persiapan Pembukaan Sekolah

Pembukaan semula sekolah bagi semua pelajar secara berperingkat akan bermula pada hari esok, 15 Julai 2020. Sehubungan dengan itu, rata-rata warga pendidik bertungkus lumus memastikan persiapan untuk pelajar masuk semula ke kelas berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun, dalam kegembiraan menyambut kehadiran pelajar, satu tragedi memilukan berlaku apabila seorang guru maut dipercayai jatuh dari koridor tingkat satu semasa melakukan kerja-kerja pembaikan sempena persiapan terakhir untuk pembukaan sekolah di Tanah Merah, Kelantan.

Mangsa dikenali sebagai Cikgu Rosli berusia 54 tahun dikatakan meninggal di tempat kejadian kerana dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala.

Menurut perkongsian daripada Facebook, mangsa dikatakan terjatuh ke bawah selepas kerusi yang dipanjatnya patah semasa melakukan kerja pembaikan di koridor sebuah kelas di sekolah tersebut.

Susulan dari itu, ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas peemrgiaan seorang pendidik yang sangat berdedikasi ini termasuklah ucapan takziah daripada bekas pelajar arwah.

 

Foto: Man PS , Nanajue , Ahmad naim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang