Siakap Keli
Foto: Facebook SMAHI

Gelagat Ahli Grup ‘Suami Masak Apa Hari Ini’ Acah-Acah Tak Takut Bini Buat Netizen Terhibur

Korang ingat lagi tak group  “Suami Masak Apa Hari Ini?” yang pernah tular di media sosial sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula? Ya, sekali lagi para suami dalam group ini buat ‘kecoh’ dengan isu yang panas dilontarkan mengenai ‘jangan takut bini’.

Kira-kira lebih dari 270k ahli dalam laman ini masing-masing keluarkan kenyataan berani di mana mereka tidak takut ‘bini’ dalam ruangan komen sangat menghiburkan dan tarik perhatian ramai.

Salah seorang ahli laman tersebut berkongsi status yang berbunyi seperti ini.

“Ingat guys!
JANGAN bagi orang pompuan join group ni. Kita lelaki! Kita boleh masak lagi sedap daripada orang pompuan. Kita tak takut bini”

Apa yang menjadi lebih menarik, di ruangan komen terselit jenaka seolah-olah mereka ‘tegas’ dengan isteri dalam masa yang sama terpaksa akur dengan realiti sekarang. Mudah terhibur dengan slogan yang dilontarkan mereka ‘Bukan suami takut isteri tapi isteri tak takut suami.’

Apa-apapun perkongsian mereka ini hanyalah untuk bahan jenaka tidak terlintas untuk sakitkan hati sesiapa dan buat orang lain terasa.

 

Sumber: Suami Masak Apa Hari Ini

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang