Siakap Keli

India Catat Rekod, 100 Ribu Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Dalam Tempoh Empat Hari

Lebih daripada 100,000 orang di India telah disahkan positif jangkitan Covid-19 dalam empat hari terakhir, menurut Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga India pada hari Selasa.

Negara tersebut mencatatkan 28,498 kes dan 553 kematian baru dalam tempoh 24 jam lalu, kata kementerian itu. Ianya sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 906,752 kes dan 23,727 kematian.

Manakala, lebih daripada 571,000 orang telah pulih daripada virus dan 311,565 kes lain masih aktif.

Setakat ini, lebih daripada 12 juta ujian telah dijalankan di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19, menurut Majlis Penyelidikan Perubatan India.

Sumber: CNN

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.