Siakap Keli

Ini 2 Teknik Terbaik Nak Tanam ‘Rock Melon’ Dalam Pasu Yang Ramai Tak Tahu

Walaupun proses menanam dan penjagaan Rock Melon atau tembikai wangi dikatakan agak sukar serta membabitkan kos yang tinggi namun ia mampu meraih pendapatan yang lumayan jika diusahakan dengan baik.

Pun begitu, tahukah anda mencuba untuk menanam Rock Melon di laman sendiri mungkin sesuatu hebat untuk dilakukan bersama keluarga. Kelak bila berbuah, boleh dituai dan dinikmati bersama-sama.

Ikuti perkongsian daripada Mohd Shaifful, teknik menanam Rock Melon dalam pasu. Hasilnya sangat menakjubkan.

ROCK MELON MERAH MADU F1 HIBRID

Jom tanam Rock Malon dalam pasu.

Jom tanam di laman rumah anda.

SEMAI

Teknik ‘baring’ atau teknik ‘tegak’

Tenik baring ialah meyusun benih rock melon dalam tray semaian secara baring. Selepas itu di tekan sedikit supaya benih terbenam sedikit dalam medium semaian(peatmoss atau tanah organik). Jangan tekan terlalu dalam.

Ambil tanah semaian Peatmoss/tanah dan ratakan di atas tray supaya dapat menutupi kesemua bijih benih Rock Melon sehingga tidak kelihatan.

Teknik tegak. Menghala kan mucung benih yang tajam menghala ke bawah semasa semai.

Siram air pada tray semaian sehingga lembap. Ambil plastil hitam bungkus tray semaian. Jika yang tanam guna bekas. Tutup dengan plastik hitam juga.

Tray yang telah dibalut dengan plastik hitam perlu diletakkan di tempat yang terbuka.

Selepas 2 hari buka plastik hitam. Benih sudah mula bercambah. Ambil tray letak di kawasan yang mendapat cahaya matahari tapi bukan kawasan panas terik.

Apabila pokok sudah tumbuh 4daun. Boleh di pindahkan ke dalam polybeg atau pasu atau batas tanaman.

SAIZ POLYBEG ATAU PASU

Siapkan polybag dengan ukuran 40×50 cm atau ukuran sedang sebesar yang boleh.

Masuk kan tanah organik atau apa jua jenis tanah yang ada asalkan gembur dan subur.

PEMINDAHAN ANAK POKOK

Sebelum dipindahkan anak pokok siram dahulu media tanam dengan air. Memindahkan anak pokok di waktu senja untuk mengelak haba cahaya matahari dan anak pokok terkejut haba dan layu.

PEMASANGAN PARA UNTUK POKOK MEMANJAT

Sediakan pancang dan tali rafia untuk pokok menjalar pada usia 2minggu. Guna kan apa saja teknik yang ada suka. Sama ada buat para atau letak di tepi pagar.

Jika nak biar kan melon menjalar di atas tanah pun boleh.

MENGAHWINKAN BUNGA BETINA. SECARA BERBANTU.

Kawin bunga seawal mungkin sebaik sahaja bunga betina keluar, macamna nak kenal bunga betina.

Bunga betina berbunga dengan ada putik buah. Bunga jantan bunganya tiada putik buah.

Lakukan berturut-turut dan buat kepada semua bunga betina yag keluar. Waktunya antara pukul 7.30 – 11.00 pagi. Ambil bunga jantan dan sapu kan di buna betina.

Ramai yang merungut bila bunga betina yang ada putik buah gugur. Jadi teknik bantu kahwin ni sangat berkesan.

Teknik ini berkesan untuk melekatkan buah jika kawasan rumah anda tiada serangga pendebungaan seperti lebah dan lain-lain.

PEMANGKASAN DAN PEMILIHAN BUAH

Untuk menghasilkan buah yang cukup besar dan berkualit. 1pokok hanya di biarkan 2-4 biji sahaja. Pemangkasan buah dan dahan tidak perlu harus di lakukan.

PEMBAJAAN

Cara menanam melon dalam polybag setelah melakukan pemangkasan cabang adalah melakukan pebajaan.

Peringkat awal 1 bulan pertama

Setiap 2 minggu baja dengan baja organik atau pun baja subur.

Setelah pokok mengeluarkan bunga. Baja dengan baja buah.

PENGENDALIAN HAMA/SERANGGA PEROSAK DAN PENYAKIT

Pengendalian hama/seranga perosak dilakukan dengan semburan racun kawalan perosak atau racun organik pilihan anda. Jangan meracun bila pokok sudah mengeluarkan bunga.

TUAI BUAH ROCK MELON

Sekitar hampur 2 bulan. Buah yang siap dipetik mempunyai ciri-ciri warna kulit yang mulai putih kekuningan, kulit buah putih berwarna kekuningan, pada tangkai buah terdapat cincin atau lingkaran retak-retak, dan tercium aroma harum dari melon.

Selamat berkebun sendiri. Rezeki Allah pada yang meminta pada-Nya. Semoga rock melon yang anda tanam mendatangkan hasil. Berkebun di lama rumah satu kenikmatan.

Sumber: Mohd Shaifful

Nor Azilah