Siakap Keli
Foto: Facebook

Pekerja Filipina Maut Tertimbus Dalam Tanah Runtuh

SIBU, 14 Julai – Seorang pekerja warga Filipina maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh sedalam kira-kira 3.05 meter, ketika membuat kerja-kerja kimpalan paip di Loji Rawatan Air Jalan Nyabau, Bintulu, kira-kira 216km dari sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata jentera pengaut terpaksa digunakan untuk mengeluarkan mayat Perez Antonio Secuya, 41, dari timbunan tanah itu kira-kira pukul 4.33 petang.

“Mayat telah diserahkan kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang turut berada dilokasi. Pekerja itu disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM pada pukul 4.40 petang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata tujuh petugas Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bergegas ke tempat kejadian selepas pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 3.00 petang.

Menurutnya kejadian dipercayai berlaku semasa pekerja itu sedang membuat kerja-kerja kimpalan pada paip yang berdiameter 1.2 meter apabila tanah tempat dia bekerja tiba-tiba runtuh dan menimbusnya.

 

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang