Siakap Keli
Gambar Via Seasia.co

Pukau Pandangan, 4 Masjid Berwarna Merah Jambu Di Dunia Dan 3 Daripadanya Terletak Di Asia Tenggara

Masjid merupakan tempat ibadat dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Kebiasaannya, orang ramai pasti membayangkan bahawa bangunan masjid akan berwarna biru kerana ia merupakan simbol ketenangan dan dibina dengan gaya senibina tersendiri.

Masjid pastinya dibina dengan warna dan corak yang berlainan. Dari segi kecantikan, kehebatan dan zaman kuno, masjid tersebut digelar sebagai masjid Jame atau masjid Azam seperti yang disebut di Iran.

Pun begitu, penggunaan warna di dalam masjid-masjid melampaui fungsi sederhana struktur sama di seluruh dunia seperti warna merah jambu yang dianggap sebagai simbol ketenangan, cinta dan keadamaian.

Masjid Pink Malaysia

Salah satu masjid berwarna merah jambu tersebut adalah Masjid Putra di Malaysia. Masjid ini berada berdekatan dengan tasik Putrajaya yang cantik. Ia menawarkan pemandangan yang menyebabkannya dianggap sebagai salah satu masjid paling moden di dunia Islam.

Gambar Via Seasia.co

Masjid Putra yang juga dikenali sebagai masjid Putrajaya mula dibina pada tahun 1997 dan mula digunakan dua tahun kemudian.

Masjid Pink Filipina

Masjid Maguindanao di Filipina adalah salah satu masjid merah jambu di dunia. Selain dari aspek keagamaan, warnanya telah menjadikannya tarikan pelancong.

Gambar Via Khaleej Times
Gambar Via Seasia.co

Menurut Seasia.co, masjid ini siap dibina pada tahun 2014, dan sebagai tanda perpaduan antara agama yang berbeza iaitu dibina oleh pekerja Kristian.

Masjid Pink Iran

Di samping itu, masjid Nasir al-Mulk yang terletak di Shiraz, Iran juga berwarna merah jambu.Disebabkan jubin dan tingkap merah jambu yang digunakan dalam reka bentuk dalamannya, masjid ini dikenali sebagai masjid berwarna merah jambu dalam budaya yang popular.

Gambar Via Google
Gambar Via Seasia.co

Masjid Nasir al-Mulk adalah salah satu masjid tertua di Shiraz. Ia dibina selama 12 tahun iaitu antara 1877 dan 1889.

Masjid Pink Indonesia

Terletak di Bintan iaitu di pulau terbesar di Kepulauan Riau, Indonesia, masjid ini ‘diselimuti’ dengan warna merah jambu yang terang.

Gambar Via Seasia.co

Masjid Besar An-Nur ini telah berkembang menjadi ikon seni bina Islam Bintan.

Sumber: Seasia.co

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa