Siakap Keli

Selangor Laksana Semula Sumbangan Khairat Kematian Bermula Tahun Depan – MB

Shah Alam: Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan semula pemberian sumbangan wang khairat kematian di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), tahun depan.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan diumumkan oleh beliau sendiri pada sesi pembentangan belanjawan negeri, November depan.

Beliau berkata jumlah wang khairat kematian itu mungkin tidak sebanyak sebelum ini, namun dalam apa keadaan sekalipun pihak kerajaan negeri sentiasa menghargai rakyat.

”Yang masih hidup diberi bantuan baucar Jom Shopping, dan apabila sudah meninggal, keluarga akan diberi wang khairat untuk menguruskan jenazah,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.

Amirudin (PKR-Sungai Tua) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok) berhubung pemberian wang khairat kematian untuk rakyat Selangor.

Beliau turut menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah memansuhkan inisiatif SMUE itu, sebaliknya meneliti dan membuat penjajaran semula program berkenaan.

Pada Mei tahun lepas, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak meneruskan pemberian sumbangan khairat kematian berjumlah RM2,500 kepada rakyat negeri ini, sebaliknya warga emas yang berdaftar di bawah skim itu akan menikmati pemberian baucer Jom Shopping berjumlah RM100 setahun.

Persidangan DUN bersambung esok.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.