Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan bahawa terdapat 4 kes sembuh ddan dibenarkan keluar wad pada hari ini, 14 Julai 2020. hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 8524 kes.
Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media perkembangan Covid-19 di Putrajaya sebentar tadi.
Selain itu, terdapat pertambahan kes positif Covid-19 sebanyak 4 kes yang melibatkan kes import iaitu 3 kes warganegara dan 1 kes bukan warganegara. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes postif adalah 8729 kes. Jumlah kes aktif adalah 83 kes. Tiada kes penularan tempatan hari ini.
KKM juga mengesahkan bahawa tiada pertambahan kes kematian setakat hari ini. Ini menjadikan jumlah kes kematian kekal kepada 122 bersamaan dengan 1.39%.
Terkini #covid19malaysia, 14 Julai
Kes sembuh= 4
Jumlah kes sembuh= 8,524
Kes positif= 4
(kes import= 4, kes tempatan= 0)
Jumlah positif= 8,729
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 122
Kes dirawat di ICU= 6
Bantuan Alat Pernafasan= 2 pic.twitter.com/lwpfGvfiX0— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 14, 2020
Hanya 4 sahaja kes baharu dilaporkan hari ini melibatkan kes import. Ini bermakna, kes tempatan melaporkan sifar kes. pic.twitter.com/Pkttlu5WHS
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 14, 2020
Sumber: Sidang Media KKM