Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Budak 2 Tahun ‘Terperosok’ Bawah Kereta, Puluhan Orang Kerjasama Alih Kenderaan Berjaya Selamatkan Nyawanya

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun bernasib baik walaupun setelah dilanggar oleh sebuah kereta  ketika bermain di kaki lima di Utara China, lapor Daily Mail.

Orang ramai bekerjasama membantu untuk mengalihkan kenderaan tersebut selama tidak lebih dari dua minit selepas dia terperangkap di bawah kenderaan itu.

Kanak-kanak itu mengalami patah tulang di tengkoraknya, luka di kepala dan lebam di seluruh badan. Mangsa dikatakan dalam keadaan stabil.

Menurut CCTV, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada Selasa lalu di bandar Gaobeidian di wilayah Hebei.

Rakaman pengawasan menunjukkan bahawa kanak-kanak  itu sedang bermain di kaki lima yang dipenuhi dengan kereta beberapa saat sebelum dilanggar.

Penduduk, pekerja di kedai-kedai berdekatan serta pegawai polis segera berkumpul setelah pemandu kereta itu berteriak meminta pertolongan.

Seorang saksi memberitahu bahawa dia dapat melihat kedua kaki kanak-kanak itu keluar dari bawah kereta ketika dia berlari keluar untuk membantu.

“Kepalanya tersekat di bawah kereta. Oleh itu, saya segera berteriak kepada rakan-rakan saya dan meminta mereka keluar dan menolong,” kata seorang wanita yang bekerja di restoran berhampiran.

Seorang pegawai polis memberitahu media berita Pear bahawa kanak-kanak itu pada awalnya dibawa ke hospital tempatan.

Dia kemudian dipindahkan ke sebuah hospital di Beijing iaitu sekitar 50 batu untuk mendapatkan rawatan perubatan yang lebih baik.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa