Siakap Keli
Gambar: Istana Negara

Aksi YDPA Pantau Pengawal Diraja Bersenam Curi Tumpuan Netizen

Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meluangkan masa bersenam bersama pegawai dan kakitangan Istana Negara.

Menurut kemaskini laman Facebook Istana Negara, kelihatan baginda memakai pakaian sukan dan berlari bersama kakitangan lain mengelilingi kawasan Istana.

Beliau turut dilihat memerhati pegawai dan anggota keselamatan yang sedang melakukan tekan tubi di lapangan berkenaan.

Seri Paduka Baginda dilaporkan pernah menyertai latihan di Royal Military Academy Sandhurst di United Kingdom dari tahun 1978 hingga 1979.

“Baginda amat menitik beratkan tahap kecergasan anggota-anggota keselamatan, pegawai dan kakitangan Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa melakukan aktiviti senaman bagi meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri lebih-lebih lagi pada ketika ini negara masih lagi memerangi ancaman wabak COVID-19,” tulis laman berkenaan, menitipkan titah Seri Paduka Baginda.

Gambar: Istana Negara
Gambar: Istana Negara
Gambar: Istana Negara
Gambar: Istana Negara
Gambar: Istana Negara
Gambar: Istana Negara

Susulan itu, rakyat jelata mendoakan agar baginda sentiasa dalam sihat dan ceria.

Sumber: Istana Negara

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.