Siakap Keli
lembaga zakat selangor
Sumber: Lembaga Zakat Selangor

“Bumbung Kami Hilang Ustaz”, Lembaga Zakat Dekati, Hulur Sumbangan Buat Mangsa Ribut Di Kuala Selangor

Susulan ribut yang melanda Kuala Selangor pada 13 Julai lalu, Lembaga Zakat Selangor telah tampil membantu mangsa yang mengalami kerosakan rumah.

Menurut laman Lembaga Zakat Selangor, sebanyak tujuh buah rumah telah rosak dipukul ribut dalam kejadian itu. Lantaran itu, lembaga berkenaan telah menyalurkan sumbangan bagi mangsa yang terlibat semalam.

Berikut adalah perkongsian badan berkenaan di laman Facebook mereka.

Bumbung kami hilang ustaz

Semalam, 13 Julai 2020, sebanyak 7 buah rumah rosak teruk dipukul ribut di daerah Kuala Selangor.

Ada yang roboh dihempap pokok, ada yang bumbungnya terbang entah ke mana. Namun, alhamdulillah tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Hari ini, Zakat Selangor turun menyantuni mangsa-mangsa ribut di kawasan tersebut.

Semoga sumbangan yang disalurkan ini mampu meringankan beban yang ditanggung oleh semua mangsa.

Kami mendoakan agar mereka tabah menghadapi ujian ini.

Terima kasih kepada pengeluar zakat.

Kredit : LZS Cawangan Kuala Selangor.

Gambar: Lembaga Zakat Selangor
Gambar: Lembaga Zakat Selangor
Gambar: Lembaga Zakat Selangor
Gambar: Lembaga Zakat Selangor
Gambar: Lembaga Zakat Selangor

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.