Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Dah 15 Tahun Berkahwin, Lelaki Tertekan Isterinya Nak Jumpa Bekas Kekasih Semasa ‘Outstation’

Pasti ramai diantara kita yang pernah bercinta dan masih bercinta. Malahan, ada juga di antara kita yang telah pun mendirikan mahligai rumah tangga bersama dengan insan yang kita cintai.

Rata-ratanya pasti mempunyai bekas kekasih sebelum mereka berjaya menemui cinta mati mereka. Tidak kiralah siapa pun, adalah normal bagi sesuatu pasangan itu berasa cemburu mendengar atau pun mengetahui berkenaan bekas kekasih pasangannya.

Perkara tersebut juga adalah agak sensitif untuk dibincangkan bersama pasangan lagi-lagi pada pasangan yang telah berkahwin. Ianya boleh mendatangkan risiko retaknya sesebuah rumah tangga itu.

Pun begitu, bagaimana pula sekiranya pasangan anda yang anda cintai itu masih lagi tidak boleh move on daripada bekas kekasihnya. Seperti yang dikongsikan melalui akaun Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang lelaki ini terpaksa berhadapan dengan situasi yang pastinya sukar untuk dibayangkan ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti kisahnya seperti berikut:

Salam admin.
Aku tengah sakit kepala, sedih dan marah. Wife aku kena outstation kat negeri ex-bf dia kerja. Dia mintak izin aku nak jumpa lagi ex-bf dia. Nak minum-minum je dia kata.

3 tahun lepas dia pernah mintak izin dan aku bagi jumpa konon sebagai kawan je tapi endup kami hampir bercerai sehingga lah wife ex-bf dia dapat tahu hubungan mereka. Wife dia mengamuk so hubungan antara wife aku dengan ex-bf dia terputus.

Aku dah banyak kali cakap dengan wife aku yang dia kena redha. Jodoh ketentuan Tuhan. Tuhan dah tetapkan aku jodoh dia tapi kenapa susah sangat dia nak terima.

Sekarang ni dia tengah merajuk sebab aku bagi taklik kat dia. Kalau dia jumpa jugak dengan ex-bf dia tu jatuh talak dan anak semua aku amik. Aku tak faham kenapa wife aku nak carik penyakit.

Orang tu dah ada isteri. Kerja biasa je. Sanggup pulak dia nak jadi 2nd wife. Pinjam duit wife aku pun tak bayar lagi. Aku ni since kahwin cuba bagi dia segalanya, sebab aku memang sayang giler kat dia.

Aku berjawatan, aku setia, kerja rumah semua aku buat, baju dia aku ironkan, cari spenda dengan bra pun tanya aku. Setiap pagi aku letak siap baju dah beriron atas katil, dia tinggal pakai je. Sebab memang dari awal kahwin aku layan wife aku umpama puteri raja, part masak je aku fail.

Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Kali ni aku bertegas dia merajuk. Siap cakap dia tak peduli taklik aku tu, nak pergi jugak jumpa ex-bf dia.

Stress aku min! Apalah lagi aku nak kena buat nak bagi dia cuma ingat aku je. Susah sangat ke dia nak lupakan ex-bf dia tu. Kami kahwin dah lebih 15 tahun dah. Anak-anak comel. Kesiannya anak-anak kalau kami terpaksa berpisah.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.