Siakap Keli
Gambar Hiasan via Daily Mail

Diuji Negatif Sebelum 35 Hari Belayar, ‘Misteri’ 57 Pelaut Dilaporkan Dijangkiti COVID-19 Di Atas Kapal

Argentina pada ketika ini sedang berusaha untuk menyelesaikan mengenai ‘misteri’ perubatan selepas 57 nelayan telah dijangkiti Covid-19 selepas 35 hari berada di laut walaupun seluruh krew telah diuji negatif sebelum meninggalkan pelabuhan, lapor Daily Mail.

Menurut kementerian kesihatan untuk wilayah Tierra del Fuego,  kapal pukat itu kembali ke pelabuhan setelah beberapa anak kapal mula menunjukkan gejala khas Covid-19.

Menurut kementerian itu, 57 pelaut dari 61 awak-awak kapal telah didiagnosis dengan virus itu setelah menjalani satu ujian baru.

Pun begitu, semua anak kapal telah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel di bandar Ushuaia.

Dua dari pelaut lain telah diuji negatif dan dua yang lain sedang menunggu keputusan ujian.

“Sukar untuk menentukan bagaimana anak kapal ini dijangkiti, ini mengambil kira 35 hari selama mereka tidak berhubung dengan orang-orang di darat,” kata Pengarah Perawatan Kesihatan Primer di Tierra del Fuego, Alejandra Alfaro.

Ketua jabatan penyakit berjangkit di Hospital Wilayah Ushuaia, Leandro Ballatore berkata bahawa dia percaya ini adalah kes yang terkecuali dari segala keterangan di dalam penerbitan disebabkan oleh tempoh inkubasi selama ini belum dijelaskan di mana-mana.

Argentina mencatatkan lebih 100,000 kes Covid-18 pada Ahad lalu dan jumlah kematian meningkat kepada 1,859. Sebilangan besar jangkitan dilaporkan berlaku di kawasan Buenos Aires.

Sumber; Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa