Siakap Keli

Hidap ‘Cerebral Palsy’ & Masalah Saraf, Adik Farisya Mohon Sumbangan Nak Beli Susu Khas

Tidak semua orang yang lahir didunia ini sempurna baik dari segi kesihatan mahupun kehidupan. Ada yang diuji dengan pelbagai dugaan hidup yang terkadang tidak mampu untuk diharungi.

Begitulah keadaan yang dialami oleh kanak-kanak berusia 6 tahun yang berasal dari Kedah yang menghidap Cerebral Palsy dan masalah saraf.

Menerusi kiriman yang dikongsikan oleh Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS di laman Facebook, adik Wan Nur Farisya Bt Wan Muhamad Azlin yang terlantar menghidap Cerebral Palsy dan masalah saraf. Dan kini memerlukan sumbangan daripada orang ramai kerana berdepan dengan kos susu khas. Matanya juga tidak dapat melihat.

Farisya terlantar, tidak dapat melihat.

Pokok Sena, Kedah

Adik Wan Farisya Wan Muhamad Azlin anak kedua dari 3 beradik berusia 6 tahun ini terlantar mengidap Cerebral Palsy dan masalah saraf , selain itu matanya juga tidak dapat melihat , tidak seperti rakan sebayanya yang lain.

Farisya anak seorang pekerja am di sebuah kilang beras ini walaupun telah berusia 6 tahun namun terpaksa menggunakan lampin kerana keadaannya yang terlantar itu, juga terpaksa diberi susu khas yang agak mahal seperti disarankan pihak perubatan.

Menurut ibunya Puan Nurulsuhada Zulkifli, Farisya sering mengalami sawan terutamanya ketika cuaca panas dan amat memerlukan sebuah alat penghawa dingin.

Baru-baru ini kru kami di Kedah berkesempatan melakukan lawatan awal bagi melihat secara dekat keadaan dan keperluan adik Farisya.

Berikut adalah cadangan bantuan untuk adik Farisya,

1) 6 BULAN BEKALAN SUSU
Susu khas ‘pediasure – 1.6kg’
RM166 x 3 tin sebulan x 6 bulan (18 tin)
= RM2,988

2) 6 BULAN BEKALAN LAMPIN
Lampin ‘Drypers Wee Wee Dry – XL’
RM30 x 3 pek sebulan x 6 bulan (18 pek)
= RM540

3) PENGHAWA DINGIN
1 unit alat penghawa dingin 1hp untuk adik Farisya
= RM1,400

4) BANTUAN KEWANGAN ONE-OFF
Untuk kos pengangkutan ulang alik rawatan susulan
= RM1,000

Jumlah Keseluruhan: RM5,928

Ikuti laman rasmi kami ini untuk perkembangan kes ini dan aktiviti lain sebelum dan akan datang

#RingankanBebanIsya
#SelamatMembantu
#TogetherWeHelp
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
Ngo Reg: PPM0070327052015

Nor Azilah