Orang ramai boleh melakukan semakan arah kiblat dari rumah masing-masing ketika berlakunya istiwa A’dzam pada petang ini.
Menurut Jabatan Mufti Negeri Perak, istiwa A’dzam berlaku apabila matahari berada tepat di arah kiblat. Ia dijangka berlaku pada 5.28 petang hari ini bersamaan Rabu, 15 Julai 2020.
“Biasanya peristiwa matahari istiwa (rembang) di atas Kaabah berlaku dua kali setahun. Fenomena ini berlaku mengikut waktu tempatan di Malaysia pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan 16 Julai kira-kira jam 5.28 petang.
“Namun oleh kerana pada tahun 2020 ini merupakan tahun lompat, maka kita juga boleh mengkur kiblat pada tarikh 15 Julai 2020 pada jam 5.28 petang,” kata Jabatan berkenaan dalam satu kenyataan.
Anda boleh membuat semakan berpandukan gambar di bawah:
Sumber: Jabatan Mufti Perak