Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kepadatan Penduduk Punca Selangor Catat Kes COVID-19 Yang Tinggi

SHAH ALAM, 15 Julai (Bernama) — Kepadatan penduduk merupakan punca Selangor yang kini mempunyai 6.5 juta penduduk merekodkan kes COVID-19 antara yang tertinggi di negara ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berkata perkara itu dapat dilihat di kawasan seperti Petaling yang merekodkan jumlah kes yang tinggi susulan penduduk yang padat.

“Terdapat satu fasa apabila Selangor berada di tempat ketiga tertinggi kes COVID-19 iaitu di belakang Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu-Bukit Antarabangsa) berhubung punca jumlah kes COVID-19 tinggi di Selangor.

Dalam pada itu, Dr Mariah berkata Selangor juga telah mengambil langkah awal menangani penularan wabak tersebut dengan melakukan ujian saringan ke atas kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas.

“Saya rasa kerajaan negeri berjaya (tangani penularan) kerana kita dapat membendung perebakan wabak dalam kalangan komuniti dan 10 kes yang aktif (direkodkan) di Sepang semalam pun adalah disebabkan oleh warga asing di depoh tahanan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI

Aqmal Ezany

I write what is right

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.