Siakap Keli

KKM Dedah 9 Produk Kosmetik Ini Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Sebahagian produk kosmetik sememangnya menunjukkan kesan yang ketara dalam masa singkat. Namun begitu, pengguna sepatutnya berhati-hati dan memastikan agar ianya tidak mengandungi racun berjadual yang boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang.

Dalam kemaskini terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendedahkan beberapa produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual.

Berikut merupakan senarai kemaskini produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual menurut Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA):

“Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” tulis KKM.

Bahaya racun berjadual

Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Susulan itu, penjualan dan pengedaran produk ini dalah dilarang serta perlu dihentikan serta merta.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Pelaku juga boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Sementara itu, pengguna produk ini dinasihatkan agar segera menghentikan penggunaan dan mendapatkan nasihat pakar kesihatan jika mengalami kesan sampingan.

Orang ramai juga boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik melalui laman sesawang rasmi NPRA  atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.