Siakap Keli
Gambar Via Sarah Mustaza

‘Korbankan’ Satu Bilik Untuk 7 Ekor Kucing, Wanita Kongsi Pengurusan Ruang Bagi Kucing Peliharaannya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi pencinta kucing, apa sahaja keperluan penting haiwan comel itu sentiasa perlu dilengkapi dengan segera agar haiwan tersebut akan berasa selesa dan dilindungi.

Bagi yang mampu, rumah atau bilik kucing akan dibina bagi memberikan perlindungan yang baik kepada haiwan itu selain untuk mengelakkan mereka menyepahkan ruang-ruang tertentu.

Melalui kiriman Sarah Mustaza menerusi group #kemasrumahwithhani, beliau berkongsi mengenai pengurusan ruang kucing di rumahnya .

Menariknya, walaupun hanya mempunyai tiga bilik di rumah sewanya, beliau yang mempunyai tujuh ekor kucing itu tetap membuat satu bilik khas untuk kesemua haiwan tersebut.

Pengurusan ruang haiwan peliharaan (merangkap stor) untuk rumah sewa kecil kami.

Rumah sewa kami ni ada 3 bilik.
Jadi kami khaskan satu bilik sebagai stor/bilik kucing.

Rumah kami dimeriahkan dengan 7 ekor kucing; 3 dewasa, 1 kanak-kanak dan 3 bayi.
Nak tak nak, kena sediakan ruang untuk makan minum dan membuang anak-anak bulus ini.
Tujuan utama untuk kebersihan, rumah nampak lebih teratur, keselamatan, serta keselesaan manusia dan haiwan.

Apabila kami ada di rumah, kami lepaskan mereka untuk bermain di segenap ruang rumah.
Yang penting, kena selalu perhatikan kucing jantan (suka kencing di tempat yang tak sepatutnya, terutama apabila tiba musim mengawan), dan anak kucing yang baru toilet trained (kadang2 dia terbabas juga, kencing di tempat yang tidak sepatutnya).
Kami hadkan siapa yang boleh masuk ke bilik tidur, kerana faktor kebersihan, ruang solat dan lain2.

Sekiranya kami semua keluar rumah, semua akan diletakkan dalam bilik kucing ikut lokasi masing-masing; ada yang perlu duduk dalam sangkar, ada yang dibiarkan sahaja bersiar-siar dalam bilik tersebut.

Details ada pada gambar ya.

Semoga dapat memberi idea kepada yang memerlukan.

P/s:
Kerja2 pembersihan harian bilik ini kami lakukan 2 hari sekali.
Buang berak kucing tu kena buat hari-hari.
Sebab kucing banyak hehe.
Deep cleaning kami buat seminggu atau dua minggu sekali.

Kami ada 3 orang anak yang masih kecil; 6 tahun, 2 tahun dan 1 tahun, jadi kami prefer asingkan ruang kucing makan minum dan melabur, sebab bimbang yang kecil akan join sekali kucing2 tu punya rutin.

Inilah bilik kucing merangkap stor kami.

Untuk kucing lepas beranak, kami bagi Royal Canin Mother and Baby.
Bila babies dia dah pandai makan nanti, pun boleh makan kibbles yang sama.

Ini salah satu jenama cat litter yang kami guna.

Bahagian atas sangkar 2 tingkat kami susun carriers, sangkar besi yang sudah dilipat dan sangkar untuk mandikan kucing.
Ini semua barang yang bukan kegunaan harian, jadi kami letakkan di atas untuk jimatkan ruang di bawah.

Rak besi untuk menyimpang barangan kami seperti barang-barang hardware, medical kits pakaian lama, cerek letrik (kami guna sebelum ada penapis air), kotak vacuum, buku2, barangan hadiah kahwin yang belum sempat digunakan (walaupun dah 7 tahun, tapi tak ada ruang banyak di dapur, tunggu rumah sendiri nanti baru guna haha).

Saya labelkan siap2 pada kotak, mudahkan kerja bila nak guna apa-apa nanti.

Kami guna vacuum cleaner jenama Karcher ini untuk vacuum bilik kucing.
Sangat kuat sedutannya, sangat puas hati.

Dapatkan vakum seperti dalam gambar di SINI.

Sumber: Sarah Mustaza Via #kemasrumahwithhani

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa