Siakap Keli
Foto: Nazarunizam

Nak Beli Dah Tentu Harga Beribu, Lelaki Ini Buat Katil ‘Chesterfield’ Bermodalkan RM350 Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang akan teruja dengan cara yang sangat mudah untuk dapatkan katil ala-ala Chesterfield dengan harga yang murah. Ya, bilik tidur merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh semua orang terutamanya bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Si isteri inginkan katil Chesterfield tapi si suami pula tidak mampu dengan harga katil tersebut mencecah ribuan ringgit. Oleh itu, seorang pengguna Facebook, Nazarunizam berkongsi cara dan hasil yang sangat menakjubkan dengan hanya menggunakan modal yang rendah.

Para isteri akan teruja walaupun harga kos yang murah tetapi usaha si suami itu yang membuatkan hati si isteri cair dan rasa menghargai itu lebih penting.

First time buat katil ‘chesterfield’ masa PKP hari tu. Belajar kat Youtube je. Kain pun guna kain langsir bidang 110. Beli kat Nagoya. Bolehlah buat pakai sendiri. Nak beli mahal. Buat sendiri total cost dalam Rm350.

Dapatkan semua peralatan di SINI

Kayu pine 38mm x 38mm

Dapatkan semua peralatan di SINI

Katanya, projek yang ini dia beli di kedai perabot sambil ‘kaw tim’ dengan pekerja kedai tersebut. Setelah puas memujuk pekerja tersebut kongsi nama supplier kilang span untuk mudahkan kerjanya.

Tambahnya lagi, untuk nampak lebih cantik lagi keadaan katil tersebut,  dia membeli manik dan dilekatkan pada sekeliling ‘kepala’ katil tersebut. Dia menggunakan manik sebanyak empat meter.

Dapatkan semua peralatan di SINI

 

Dapatkan semua peralatan di SINI

Hasilnya sangat unik dan ramai yang terpesona dengan idea yang hanya menggunakan kos kurang dari RM 400 ringgit. Sangat berbaloi kepada orang yang ada tersimpan hasrat untuk dapatkan katil Chesterfield namun tidak mampu lagi.

Dapatkan semua peralatan di SINI

 

Sumber: Nazarunizam Mashudi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang