Tular di media sosial sejak semalam mengenai seorang lelaki yang dikatakan mempunyai iras wajah seperti pelakon Bollywood terkenal yang mempunyai ramai peminat di Malaysia iaitu Shah Rukh Khan.
Menerusi gambar yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan, Fendi Ismail menerusi Facebook, ramai warganet terutamanya wanita yang merasa teruja akan kekacakan wajahnya yang saling tidak tumpah seperti pelakon tersebut.
Lelaki berkenaan dikatakan berasal daripada Temerloh dan bekerja sebagai penebar roti canai di samping bertugas sebagai AJK di sebuah masjid.
Namun, menerusi tinjaun yang dilakukan di Twitter, warganet berjaya ‘membongkar’ wajah sebenar Shah Rukh Khan yang dikatakan tidak langsung sama.


Lelaki berkenaan dikatakan hanya menggunakan aplikasi ‘face app’ untuk mengubah wajah menjadi seperti pelakon berkenaan dan hanya suka-suka namun tidak menyangka ianya meraih perhatian yang meluas daripada netizen.
ShahRukh Khan versi Temerloh 😅 pic.twitter.com/3AVO9kBALy
— LΛN (@AdlanShahjehan) July 14, 2020
Malah, apa yang lebih melucukan, seorang lelaki muncul di ruangan komen mendakwa Shah Rukh Khan yang diperkatakan tersebut merupakan ayahnya.
Para peminat bukan sahaja merasa hampa, tetapi sebilangan wanita mengatakan lelaki warga emas tersebut telah memberikan harapan palsu kepada mereka.