Siakap Keli

“Saya Naik Bas Sampai Pasar, Lepas Tu Jalan Kaki…”, Jawapan Murid Ini Kenapa Lewat Ke Sekolah Amat Meruntun Hati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan semua insan berpeluang menikmati zaman persekolahan yang indah dan selesa.

Bagi pelajar yang datang dari keluarga berada dan berkemampuan, mungkin itu sudah cukup sempurna buat mereka tanpa perlu berasa susah-payah dalam pendidikan.

Namun, bagi pelajar yang kurang berkemampuan, mereka pula berasa sebaliknya.

Begitu juga dengan kisah menyentuh hati yang dikongsi oleh cikgu Maisarah Hanan ini.

Selaku pendidik, apa yang dialaminya ini sangat memberi tamparan hebat buatnya kerana bukan mudah untuk seorang pelajar cekal menghadapi cabaran pendidikan akibat dihimpit kemiskinan.

Mari baca kisah sedih di bawah ini.

Gambar: Maisarah Hannan

Kerana ku yakin, pasti ada sebabnya…

Sudah tiga minggu jadi petugas di stesen pelajar datang lewat setiap hari.

Lewat bangun, tiada bas antara asbab yang biasa diberikan oleh bakal-bakal insan berjaya ni.

Tapi, kisah yang seorang ini cukup buat saya kagum.

CIKGU: Kenapa lewat?
MURID: Saya jalan kaki cikgu
CIKGU: Haa.. Rumahmu di Kampung ****** kan? Jauh tu
MURID: Saya naik bas dari rumah ke pasar *****, lepas itu baru jalan kaki
CIKGU: Kenapa tak naik bas sampai sekolah saja? (soalku hairan)
MURID: Sebab tambang saya hanya cukup sampai pasar ***** saja cikgu.
CIKGU: (sebak) Tahniah kamu tetap datang sekolah walaupun susah.

Dik, hidup ini memang susah, maka jangan membuatnya lebih susah lagi dengan kemalasan.

With LOVE
#Maisarah
#CikguCinta

Sumbangan pun tiba

Ekoran kisah murid anak orang susah ini undak sebak ramai, maka banyak pihak bersepakat menyumbang bantuan berupa kewangan kepadanya.

Cikgu Maisarah berkongsi berkenaannya seperti di bawah ini.

Terima kasih juta-juta untuk anda semua yang mendoakan kejayaan anak ini, aamiin.. Terima kasih juga yang mendoakan saya.

Alhamdulillah semua yang berlaku adalah dengan izin-Nya. Ramai yang PM ingin membantu adik ini & keluarganya. Terima kasih skali lagi. In Shah Allah, tiada lagi masalah tambang untuknya ke sekolah.

Sebagai makluman semua, dengan sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah & unit kebajikan, saya memang ada menyediakan tabung khas untuk tambang bagi murid-murid yang kurang berkemampuan ini sejak dari awal tahun lagi.

Dan semua dana dalam tabung ini adalah 100% dari sumbangan orang ramai termasuklah kalian.

In shaa Allah melalui tabung kecil ini akan lebih ramai bakal-bakal doktor, guru mahupun usahawan yang dapat terus hadir ke sekolah.. Mohon doakan agar urusan ini dipermudahkan ya..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3018279104857687&id=100000268825784

With LOVE
#Maisarah
#CikguCinta

Sumber: Maisarah Hanan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.