Siakap Keli

(Video) Netizen Teruja Lihat Barangan Seperti Pasu Dan ‘Toilet Paper’ Sebenarnya Hidangan Kek

Tak semua orang boleh menghasilkan kek dengan baik, ini kerana proses pembuatannya juga tidak mudah. Seseorang itu perlu mempunyai kemahiran kulinari serta kemahiran seni yang mendalam, jadi tidak hairanlah kalau ada pakar pembuat kek di luar sana yang mampu menghasilkan apa sahaja jenis kek mengikut kehendak pelanggan.

Tular satu video di laman Twitter menunjukkan beberapa jenis kek realistik daripada objek harian seperti pasu, tisu, selipar dan lain-lain yang dibelah menggunakan pisau. Namun, ketika isinya didedahkan, ternyata ‘hidangan’ itu merupakan kek.

Keadaan kek yang kelihatan sangat realistik dan ilusi membuatkan pemikiran orang ramai terganggu selepas melihat objek tersebut.

Malah, video yang tular itu membuatkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap objek disekeliling mereka, sehingga mempersoalkan semua benda adalah kek sehingga ada yang mencubanya dengan objek sebenar.

Sumber: Twitter

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa