Siakap Keli
Foto: KKM

868,394 Individu Telah Disampel Untuk Covid-19 Di Malaysia, Bilangan Ujian Setanding Dengan Korea Selatan

Menerusi laman Twitter rasmi KKM memaklumkan bahawa, sehingga 16 Julai 2020 jam 12 tengah hari, seramai 868,394 individu telah disampel untuk Covid-19 di Malaysia, iaitu bersamaan dengan 27.14 individu bagi setiap 1,000 populasi. Bilangan ujian di negara kita adalah setanding dengan negara Korea Selatan.

Perkara ini juga dijelaskan melalui sidang media perkembangan Covid-19 di Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham sebentar tadi.

Jelasnya lagi, walaupun kapasti makmal untuk persampelan di Malaysia sudah bertambah sehingga 37,000 sampel sehari, namun kadar positif adalah hanya 1.05 peratus. Ini bermakna hampir 99 peratus keputusan ujian Covid-19 yang telah dijalankan adalah negatif.

Justeru, beliau menasihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sentiasa mematuhi SOP dan menjaga kesihatan walaupun negara kita hampir memutuskan rantaian dengan bilangan sifar serta paling penting kita kena jaga kita untuk putuskan sepenuhnya rantaian Covid-19 ini.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang