Siakap Keli
Foto: Muhammad Faiz

Amalkan ‘Jogging’ Dan Kawal Makan, Lelaki Ini Buat Cabaran 100 Hari, Baru Sebulan Dah Turun 8kg

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pelbagai cara orang gunakan untuk turunkan berat badan dan masalah buncit tetapi masih tak berjaya. Ada sesetengah orang ada yang “give up” dan biarkan badan terus membesar. Jadi, sampai bila nak ‘gemuk’ je?

Korang pernah tak cuba jaga makan dan hanya amalkan ‘joging’ setiap hari untuki turunkan berat badan? Kalau belum, meh sini SK nak kongsikan perubahan badan seorang lelaki yang sebelum ini buncit dan sekarang segak bergaya.

Perkongsian daripada seorang juruniaga, Muhammad Faiz berkongsi cara turunkan berat badan tanpa menggunakan sebarang suplemen kurus yang tidak sihat.

“Hanya berbekalkan sepasang kasut Kalenji 69 ringgit, seutas Miband, keinginan untuk berubah, disiplin yang tinggi dan sokongan daripada rakan-rakan”

Katanya semasa dihubungi hari ini, dia hanya mengamalkan pemakanan yang sihat seperti tidak mengambil nasi dan gula. Dia akan menggunakan makanan lain untuk menggantikan nasi.

Alhamdulillah, harini genap 30 hari lari. Hari pertama start 1 km lari 1 km jalan pastu 1 km lari 1 km jalan. Yang mana bajet tak besar macam saya p ja decathlon. Kasut kalenji RM69 sahaja guysss. Alhamdulillah 30 hari menapak 161 KM tak dak melecet kaki. Stokin pun rm5 saja kalenji.

Hari ke-30 baru dapat jejak 10 km yang pertama. Alhamdulillah

Bak kata salah seorang idola saya Amirul Afiq Nasruddin ” RUNNING IS SIMPLE, JUST LARI,”. Tak perlu beli mahai-mahai kalau tak mampu macam saya ni. Just ubah mindset dah cukup. Keep running guys.

Saya tambah sikit Info tapi geng makan nasi jangan marah noh. Yang makan nasi tu teruskan makan jangan kecam saya. Saya nak cepat turun sebab tu cut nasi. Amik carbo lain. Diet saya jaga mkn + exercise. So far hari2 lari. Jarak lari tuh saya tambah skit2 ikut kemampuan diri.

No nasi No ayaq maneh. Ayaq coway ja telan. Pagi-pagi 1 liter ayaq teh hijau 2 uncang + buah (selalunya pisang). Tengahari balun (makan) lauk dan sayoq (sayur). Malam selalunya salad dengan ayam bakaq. #misi100hari

Total hangus tak sampai RM200..jimat

Cabaran misi 100 hari

5 hari pertama memang cabaran. Pastu, Alhamdulillah ok badan dah bleh terima. Gambar day 0 tuh gambar sehari sebelum abang start #misi100hari ni. Badan abang naikk sangat sebab masa PKP haritu asyik keja masak dan makan ja. 

Berlari tak akan menguruskan badan tapi akan mengubah gaya hidup ke arah lebih sihat dan terkawal. Kita berlari, kita bakar kalori. Makan kawal sikit, insyallah boleh turunkan berat badan dan kekal aktif.

Katanya lagi, target untuk dapatkan berat badan ideal akan tercapai tidak lama lagi iaitu 60kg. Berat sebelum melakukan misi ini adalah 73 kg dan berjaya turun berat badan sebanyak 8 kg dalam masa sebulan.

 Hobi running is simple. Just lari, tak perlu nak beli gajet untuk mulakan larian – Faiz

Bukan itu sahaja, jejaka ini juga berkongsi menu hariannya semasa menjalani misi 100 hari tersebut. Menu ini sangat mudah dan senang untuk korang ikut sebagai makanan diet harian korang. 

 

Sumber: Muhammad Faiz

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang