Siakap Keli

Bayi Terputus Kepala & Tertinggal Dalam Rahim, Dipercayai ‘Ditarik’ Ibu Ketika Bersalin Sendirian

Seorang ibu di Indonesia bertindak bersalin sendiri tanpa bantuan pihak lain.

Individu tersebut yang digelar E, didakwa melahirkan anaknya yang dipercayai bayi pra-matang di Desa Kajowair, Kabupaten Sikka, Kepulauan Nusa Tenggara, Indonesia pada 12 Julai lalu.

Namun, ketika di saat mahu melahirkan anaknya dengan cara sendiri, E didakwa menarik bayi itu hingga terputus kepalanya dan tertinggal di dalam rahim.

Kejadian malang itu bermula ketika E, anaknya serta kakak iparnya dalam satu perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di rumah saudaranya sehari sebelum itu.

Setibanya mereka di rumah kira-kira pukul 10 malam, E mendakwa sangat kepenatan, lalu masuk ke tandas untuk membuang air.

Namun, keberadaannya dalam bilik air agak lama hingga anak kecilnya yang berusia tiga tahun memanggilnya.

Sejurus selesai, pada pukul 2 pagi, sekali lagi si ibu itu masuk ke tandas.

Difahamkan, pada waktu itu dia melahirkan bayinya sendiri dengan menarik kepala bayi itu hingga terputus.

Bagaimanapun, akibat panik dengan kejadian tersebut, tubuh bayinya yang ‘selamat’ dilahirkan itu dibungkus dalam bungkusan plastik berwarna merah sebelum digantung di atas bumbung.

Pada keesokan paginya, E membawa jenazah bayi tersebut kepada seorang bidan di desa yang sama.

Kemudian, dia bersama bidan tersebut hadir ke Pusat Kesihatan Masyarakat Hewokloang untuk mendapatkan bantuan perubatan bagi mengeluarkan kepala bayi yang tertinggal di dalam rahimnya itu.

Sementara itu, pegawai polis wilayah Sikka, Iptu Margono turut menyatakan, pihaknya menerima laporan tentang kejadian tersebut.

“Jadi menurut pihak doktor, ibu ini memang melahirkan bayi pra-matang kerana berasa kepenatan selepas berjalan kaki pulang ke rumahnya.

“Kami dimaklumkan doktor tersebut, ibu ini ada suami. Sama ada berkemungkinan ianya perbuatan jenayah ataupun tidak, kami sedang menyiasatnya,” katanya kepada pemberita, memetik laporan Pos-Kupang.

Sumber: Tribun News, Pos-Kupang

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.