Siakap Keli

Doktor Jelaskan Masak ‘Lomak’ Cili Api Sebenarnya Makanan Yang Sihat, Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa pembaca Siakap Keli di sini yang suka makan lauk masak lemak cili api?

Kalau tanya penulis pula, jujur penulis katakan, itu adalah senarai lima teratas lauk masakan Melayu yang paling digemari, selain masak sambal berlada, kari, asam pedas dan pendang (singgang).

*nota: penulis orang Melaka, jadi kami panggil lauk ‘singgang’ itu sebagai ‘pendang’.

Masak lemak cili api ini cukup terkenal di Negeri Sembilan hingga muncul banyak gerai makan yang menyediakan menu daging salai masak lemak cili api di sekitar perkampungan di Pedas dan Rembau.

Rasa kuah santannya yang cukup berlemak, ditambah pula dengan cili pedas, klimaks kenikmatannya dapat dirasai sejurus suapan pertama di bibir dan kekal ‘nikmat’ hingga jilatan jari terakhir.

Namun tahukah anda, sebenarnya lauk masak lemak cili api ini ‘tergolong’ dalam kumpulan makanan-makanan sihat?

Ikuti penjelasan oleh Dr. Norman Norawi di bawah ini.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

Hari ini berbicara tentang makanan kegemaran saya!!

Berita baik untuk orang Negeri Sembilan.!!

Jangan risau makan masak lomak cili api.

Santan bukan punca kolestrol tinggi dan menyebabkan sakit jantung.

Santan kelapa sangat sihat dan mempunyai bahan ‘rantaian trigliserida sederhana’ / medium chain triglyceride (MCT) iaitu ASID LAURIK yang sangat baik untuk kesihatan jantung dan juga membantu menurunkan berat badan.

Kunyit hidup yang digunakan dalam masakan ini juga mempunyai anti oksidan KURKUMIN yang boleh mencegah pelbagai penyakit dan kanser.

Cili Api pula mempunyai anti oksidan CAPSAICIN yang bersifat anti keradangan dan juga kaya dengan Vitamin C & Vitamin A.

Gambar: Dr. Norman Norawi

Jika masak dengan IKAN pula akan memberikan khasiat OMEGA 3 yang baik untuk jantung…

Jika dicampur dengan sayur seperti nangka/rebung/peria dan sebagainya maka ia akan menambahkan serat dan vitamin didalamnya.

Jika ditambah bawang merah, bawang putih maka menambahkan lagi khasiat nutrisi di dalam masakan ini di samping menambah perisa yang lebih sedap.

Makanlah jika anda suka, Insya-Allah ini adalah satu contoh menu makanan tradisi Melayu yang sangat SIHAT dan MENYIHATKAN!!

Dr Norman Norawi
MBBS, MSc(UCSI),FAGE

Join Telegram saya: https://t.me/drnormannorawi
Belajar di klinik online: https://bit.ly/DNNKinikOnline-Obesiti

Kecur tak air liur tengah hari ini?

Jom makan lauk masak lemak cili api sekarang.

Sumber: Dr. Norman Norawi

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.