Gurauan dalam rumah tangga ibarat ‘vitamin’ yang menyihatkan hubungan. Ia amat diperlukan bagi menceriakan suasana kekeluargaan agar tidak hambar dan membosankan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi gelagat suaminya yang membuat ‘permohonan’ untuk membeli set komputer baru.
Menurut Nana Lisa, suaminya telah menulis surat rasmi bagi meminta persetujuannya membeli kelengkapan berkenaan. Malah, si suami turut mengepilkan sebut harga barangan tersebut sambil bergurau,
“Jika sayang ingin membuat sumbangan, kecil tapak tangan, nyiru bie tadahkan.”
Berikut adalah kandungan surat yang dikongsikan Nana.
“Sekali En. Suami hantar surat permohonan lah. Aduh semput nak baca sampai habis (emoji ketawa). Siap quotation tu dia bagi kat kita.”
Sumber: Nana Lisa