Siakap Keli
diy terrarium
Gambar: Shahrul Nizam Yahya

Indah & Tenang Bila Dipandang, Lelaki Kongsi Cara Buat Terrarium & Boleh Dijadikan Hobi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rata-rata bersetuju jika kita katakan tumbuhan hijau membantu menenangkan mata dan fikiran.

Lantaran itu, ada yang menanam tumbuhan di dalam rumah seperti pokok lidah jin, pokok labah-labah serta lidah buaya.

Bagi penggemar hutan, air terjun dan pantai pula, masing-masing mempunyai cara sendiri untuk membawa keindahan lokasi berkenaan ke dalam rumah mereka.

Salah satu caranya ialah dengan menghasilkan terrarium.

Bagi anda yang belum mengenalinya, terrarium merupakan taman kecil yang biasanya diletakkan di dalam bekas yang boleh ditutup.

Ia merupakan ekosistem tumbuhan yang hidup dan boleh bermandiri dengan mendapatkan sumber air melalui transpirasi serta kondensasi di dalam bekas tersebut sendiri.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi cara menghasilkan terrarium Mini Mossy Forestnya kepada kami.

Gambar: Shahrul Nizam Yahya
Gambar: Shahrul Nizam Yahya
Gambar: Shahrul Nizam Yahya

Menurut Shahrul Nizam Yahya, dia mula meminati terrarium ketika melawati pesta bunga di Putrajaya pada tahun lalu.

Minat terrarium ni pada awalnya masa pergi ke Pesta Bunga Floria Putrajaya 2019. Masa tu ada beli sebalang kecil terrarium untuk buat hiasan di meja pejabat. Kemudian lama-lama dia jadi minat dan hobi.

Katanya, dia cuba menghasilkan terrarium sendiri dengan mencari lumut liar yang ada di kawasan berbatu, tanah dan di pokok untuk dijadikan hiasan sebagai koleksi peribadi.

Untuk buat terrarium perlu ada bekas kaca yang lutsinar macam balang ikan, balang kuih raya, atau balang mentega kacang yang dah habis tu.

Lumut dan pokok kecil dalam tu saya kutip di kawasan sungai dan pada akar pokok yang hidup meliar di kawasan hutan.

Pokok dan lumut yang saya ambil tu saya tak tahu nama dia, ambik sebab saya rasa ia comel dan sesuai untuk letak dalam terrarium.

Setelah Google baru tahu pokok tu adalah spesies bird nest fern atau asplenium nidus, Pteris tripartita, river foxtail moss.

Cara buat step dapatkan bahan bahan

– Tanah organik untuk penanaman (nurseri) atau boleh dibeli di Shopee / Lazada.
– batu kelikir kecil (kedai akuarium) atau boleh dibeli di Shopee / Lazada.
– lumut sphagnum (nurseri) atau boleh dibeli di Shopee / Lazada.
– balang kaca boleh dibeli di Shopee / Lazada.

Gambar: Shahrul Nizam Yahya

1. Setelah bersihkan balang kaca lapisi bahgian bawah dengan batu kelikir.

Tujuan adalah sebagai longkang sebab balang tak ada lubang macam pasu. Jadi ia akan menjadi tempat takungan air yang mengalir semasa penyiraman/spray.

2. Lapiskan lapisan kedua dengan lumut sphagnum (lumut ni kering).

Lumut ni boleh cari dekat kedai yang jual orkid atau kedai jual pokok di nurseri tu.

3. Letak tanah.

Tanah ni sebaiknya beli tanah yang dekat nurseri iaitu potting soil atau tanah untuk tanam anak benih. Kalau tak tahu tanya je tokei kedai.

4. Barulah boleh mulakan kretiviti untuk menghias.

Letak lumut di tanah, tekapkan sikit dalam tanah supaya akar lumut terkena tanah.

Letak hiasan juga batu-batu yang menarik boleh pergi kedai akuarium yang buat akuaskap (hiasan menggunakan tumbuhan akuatik).

Letak hiasan mini seperti rumah kecil atau batu yang sederhana kecil sebagai hiasan tambahan.

5. Spraykan lumut supaya lembap dan periksa setiap 3 hari.

Spraykan kalau rasa macam kurang air. Ini untuk yang terbuka.

Kalau jenis ada penutup tak apa, tak payah spray sebab kelembapan air dikitar semula dalam balang je. Cuma periksa seminggu sekali.

Kalau boleh jangan guna air paip sebab ada klorin. Gunalah air tapisan, mineral atau lebih bagus air semulajadi seperti hujan atau air sungai.

Kemudian tutup dengan pembalut makanan untuk kekalkan kelembapan sebab lumut suka kawasan lembap. Tapi jangan terlebih air pula masa spray, nanti banjir.

Gambar: Shahrul Nizam Yahya
Gambar: Shahrul Nizam Yahya
Gambar: Shahrul Nizam Yahya
Gambar: Shahrul Nizam Yahya
Gambar: Shahrul Nizam Yahya

Sumber: Shahrul Nizam Yahya, Terrarium Tribe

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.