Siakap Keli

Ini Cara Nak Mohon Projek Pertanian Bandar Untuk Anda Yang Nak Bercucuk Tanam Di Kawasan Kediaman

Seperti mana yang kita tahu, baru-baru ini kerajaan memberikan satu insentif baharu kepada rakyat dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau lebih dikenali sebagai PENJANA untuk meningkatkan semula sektor ekonomi yang jatuh semasa gelombang wabak pandemik Covid-19.

Bukan itu sahaja, insentif ini untuk membantu mengurangkan kos bagi golongan bandar dan pendalaman kurang kemampuan yang turut terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak tersebut. Ia juga untuk menggalakkan masyarakat membantu untuk menjaminkan keselamatan pemakanan.

Tawaran ini hanya diberikan dalam ‘one-off’ dalam bentuk input pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal. Korang boleh ikut langkah dibawah untuk memohon insentif ini.

Pemohon boleh mengisi Borang Permohonan Projek Pertanian Bandar yang boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Pertanian.

Permohonan telah dibuka sehingga 31 Julai 2020. Selepas permohonan lengkap diterima, Pegawai Jabatan Pertanian akan melawat kawasan projek untuk menentukan kategori projek, kesesuaian tapak dan jenis bantuan/insentif.

Atau hadir ke Pejabat Pertanian yang berdekatan. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui email [email protected], serahan tangan atau faks ke Pejabat Pertanian terdekat.

Kelayakan Permohonan

    1. Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia, berumur 18
      tahun ke atas dan terhad kepada satu permohonan sahaja.
    2. Berminat untuk melaksanakan projek pertanian.
    3. Bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek
      pertanian.

Dua kategori layak memohon

i. Kategori Komuniti

Projek dilaksana di sekitar kediaman secara berkumpulan dengan
bilangan minima 10 orang peserta.

ii. Kategori Individu

Projek dilaksanakan secara individu di kawasan kediaman masing-masing.

 

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Pertanian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang