Siakap Keli

“Kena Ubah Sleep Cycle &…” Psikologis Ini Kongsi Tips “Self-treatment” Untuk Rawat Kemurungan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kemurungan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng.

Ibarat ‘hanya jauhari menekal manikam’, hanya individu yang mengalaminya sahaja tahu betapa peritnya ‘kesakitan’ yang dialami.

Selain membuatkan individu itu berasa hidupnya kosong, kemurungan juga berupaya ‘menghasut’ mereka untuk bertindak di luar kawalan.

Paling ‘menarik’, mereka ini langsung tidak menunjukkan sebarang simptom luaran, dalam masa sama masih lagi boleh tersenyum, bergelak ketawa, hidup seakan normal macam orang lain.

Sedangkan dalam fikiran mereka, kosong.

Gambar: Google

Situasi ini pernah dialami sendiri oleh vokalis kumpulan Linkin Park, iaitu Chester Bennington.

Akibat pernah melalui zaman kanak-kanak dan remaja yang gelap, pernah menjadi mangsa buli, seksual (pedofilia) dan sebagainya, kemurungan mula ‘menyarang’ dalam dirinya hingga dipendam bertahun-tahun.

Hinggalah pada tarikh 20 Julai 2017, dunia dikejutkan dengan berita kematiannya setelah didapati dia menggantung dirinya sendiri, dipercayai akibat tekanan dan kemurungan.

Begitulah realiti penghidap kemurungan, mereka sangat ‘misteri’. Senyap dan gembira, tahu-tahu saja sudah ‘tiada’.

Dalam pada itu, sesetengah daripada kita mungkin mengalami keadaan yang sama, namun adakah kemurungan ini boleh dirawat dengan sendiri?

Jawapannya, YA. Hujah ini dibahas oleh seorang ahli psikologi klinikal yang menggunakan nama Mentalist Joker yang dikongsi melalui laman Twitternya baru-baru ini.

Mari ikuti bebenang di bawah ini.

.

Sumber: Mentalist Joker

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.