Siakap Keli
Gambar: APMM

Lagi Kes Nelayan Jatuh Laut Laut Ketika Menangkap Ikan, APMM Mulakan Operasi SAR

PUTRAJAYA – Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas dipercayai jatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan di lokasi kira-kira 4.1 batu nautika utara Pulau Payar, Kedah, awal pagi semalam.

Ekoran itu, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi segera menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik maklumat diterima.

“Mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya, dipercayai lelaki warganegara tempatan berusia awal 20-an dilaporkan keluar ke laut bersama dua lagi nelayan dengan menaiki sebuah bot pukat tunda.

“Mangsa disedari hilang pada jam 8.50 pagi tadi,” katanya, memetik satu kenyataan hari ini.

Gambar: APMM

Dalam pada itu, menurut tekong bot, mangsa sebelum itu turut serta ke laut bagi menggantikan salah seorang kru lain yang bercuti, selain didakwa baru pertama kali bekerja di atas bot tersebut.

“Buat masa ini, sektor pencarian meliputi kawasan seluas 25 batu nautika,” tambahnya lagi.

Operasi SAR tersebut melibatkan aset laut Maritim Malaysia, Jabatan Perikanan dan beberapa bot nelayan tempatan yang turut terlibat dalam membantu pencarian.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim, Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Sumber: APMM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.