Siakap Keli

Lebih Ketat Lebih Bahaya, Ini 6 Kesan Buruk Jika Pakai Korset Terlalu Lama & Ketat – PHM

Boleh dikatakan ramai wanita mengimpikan bentuk badan yang ideal. Malah ada yang sanggup habis ribuan ringgit semata-mata untuk kelihatan langsing dan cantik.

Ada yang menggunakan jalan pintas di mana mereka mengenakan bengkung atau korset yang ketat sehingga bentuk badan berubah daripada yang asal. Pernah tak anda terfikir maslaah yang akan datang bila memakai korset yang ketat? Jadi, SK ingin kongsikan penjelasan para doktor melalui laman Public Health Malaysia untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai.

Apa itu korset?

Korset merupakan yang direka khas untuk pinggul dan pinggang kelihatan ramping dan cantik. Pemilihan pemakaian korset sangat penting untuk menjaga kesihatan diri. Ikuti penjelasan dari doktor PHM tentang keburukan pemakaian korset yang ketat.

Lebih ketat, lebih bahaya

Ramai yang sangka dengan pemakaian korset akan memperbaiki postur anda, hakikatnya pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan akibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang)

Pemakaian korset juga akibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru paru berkurangan sebanyak 30-60%! Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang didalam paru paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik.

Sistem penghadaman akan terhimpit menyebkan asid dari perut naik ke esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu. Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?

Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja. Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penginayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.

Sumber: Public Health

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang