Siakap Keli

Makan Mie Ayam & Bayar Seikhlas Hati, Pemilik Restoran Ini Ingin Bantu Masyarakat Yang Terkesan Wabak COVID-19

Masih ada lagi orang yang murah hari menolong orang lain semasa wabak COVID-19 yang telah menjejaskan pendapatan ramai orang. Salah satnya adalah seorang pemilik restoran Mi Ayam Marta, Restu Zulfikar yang berasal dari Jakarta Selatan.

Baru-baru ini pemilik kedai tersebut ada memuat naik gambar dihadapan kedainya dengan sepanduk yang tertulis “Mi Ayam Marta. Makan Mi Ayam bayar dengan ikhlas, Sila masukkan ke dalam kotak amal”.

Gambar yang dikongsi melalui laman Twitternya tular dan telah mendapat lebih 22 ribu ulang kicau dan seramai 45 ribu pengguna Twitter yang menyukai.

Di dalam sepanduk itu juga tertulis bahawa dana yang dikumpulkan melalui pembayaran Mi Ayam ini akan digunakan untuk membiayai ibu tunggal, orang miskin dan memberikan latihan kepada remaja yang tidak bersekolah.

Memetik dari sebuah portal berita, restu berkongsi kisah yang membuatnya tergerak untuk melakukan inisiatif ini. Sejak pandemik COVID-19 menjadi salah satu permasalahan di dunia, ramai orang yang telah dikurangkan gaji malah ada yang telah diberhentikan kerja.

“Dari sini telah menyedarkan saya ada orang yang tidak berkemampuan. Kerana saya tidak tahu sama ada orang itu mempunyai duit atau pun tidak, sudah makan atau belum,” kata Restu.

Restu juga menambah alasannnya memilih untuk menyumbangkan kepada ibu tunggal adalah kerana dia sendiri dibesarkan oleh ibunya sebagai ketua keluarga.

“Saya dibesarkan oleh ibu saya sendiri, dan membesar dalam keadaan yang susah dimana kami terpaksa menjual di pasar setiap hari,” katanya

Menurut Restu dia tidak mendapat keuntungan sama sekali dari perniagaan Mi Ayam ini memandangkan semua keuntungan disalurkan kepada yang memerlukan.

“Perniagaan ini dapat bertahan kerana saya ada perniagaan lain yang boleh menyokong program seperti ini selain menggunakan duit simpanan sendiri. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya 50 mangkuk Mi Ayam dapat dihidangkan kepada orang ramai.”

Ketika ditanya berapa lama program seperti ini akan dijalanakan dia menjawab “Selagi saya dapat lakukan untuk orang lain dan dengan izin dari Tuhan.”

Sumber: terkini.id

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.