Siakap Keli

Mungkin ‘Tergoda’ Bau Durian, Gajah Ceroboh Kedai Dua Kali Dan Dipercayai Makan Lebih 10 Biji Durian

Rasa dan bau durian kuat terutama dari jenis musang king, udang merah , duri hitam akan membuatkan sesiapa sahaja tertarik, bukan manusia sahaja malah haiwan juga.

Di Thailand, seekor gajah yang dipercayai berasal dari Taman Nasional Kaeng Krachan itu telah memasuki sebuah kedai bekalan pertanian kerana dikatakan tidak dapat menahan bau durian dari tempat berkenaan. Haiwan tersebut telah memecahkan pintu logam di mana di dalamnya terdapat durian.

Lebih melucukan, gajah itu kembali buat kali kedua dan memecahkan semula pintu yang dibaiki sebelumnya untuk memasuki kedai tersebut.

Dikatakan lebih daripada 10 biji durian telah hilang yang dianggarkan bernilai ribuan baht. Rata-rata penduduk di tempat berkenaan telah memahami sifat gajah liar yang tinggal di kawasan itu, kerana mereka telah hidup bersama sejak 15 tahun. Namun, penduduk tetap perlu berhati-hati dengan haiwan tersebut.

Menurut News 18, kes tersebut disiasat oleh pegawai terbabit dan mungkin akan memberikan pampasan kepada pemilik kedai tersebut.

Sumber: newtv.co, Mashable Se Asia

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa