Gambar Via Bernama

Perlis Benar Jemaah Bawah Umur 18 Tahun Di Masjid

ARAU, 16 Julai — Perlis membenarkan individu berumur 18 tahun ke bawah menyertai solat berjemaah  di semua masjid di negeri itu, berkuat kuasa serta-merta.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kebenaran itu mendapat perkenan  Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat perkembangan positif situasi semasa wabak COVID-19.

Solat berjemaah (kecuali solat Jumaat) dan aktiviti pengimarahan di surau-surau sekolah dan institusi pendidikan tinggi (IPT) juga dibenarkan, terhad kepada warga sekolah dan IPT, titah Raja Muda Perlis dalam kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah pihak pengurusan sekolah dan IPT bertanggungjawab memastikan  prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan berada pada tahap maksimum.

Kebenaran ini diberi bagi membolehkan semua umat Islam, tanpa mengira peringkat usia, dapat menunaikan ibadah dan mengimarahkan masjid di seluruh Perlis, titah baginda.

— BERNAMA

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Editor: syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my